Lirik Lagu Terpaling Di Hari Raya - Tajul, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi & Wani Syaz

Lirik Lagu 'Terpaling Di Hari Raya' dari Tajul, Wany Hasrita, Afieq Shazwan, Muna Shahirah, Tuah Adzmi & Wani Syaz:

Disisir Diandam Dengan Cekap
Potongan Rambut Juga Pelbagai Gaya
Puasa Sebulan Sudahlah Lengkap
Tibalah Masa Untuk Berhari Raya

[Tajul]
Gemersik Tabir Bersuka Ria
Salam Diutus Tanda Ingatan
Syawal Dinanti Sudahlah Tiba
Salam Diutus Pohon Maafkan

[Tajul & Wany Hasrita]
Ku Ucapkan Selamat Hari Raya
Ampun Maaf Jika Terkasar Bahasa
Senang Senang Jangan Berduka Lara
Riang Gembira Di Hari Raya

Ku Ucapakn Selamat Hari Raya
Tenang Tenang Aman Damai Sentosa
Bila Salam Selukkan Sampul Raya
Bermaaf Maafan Di Hari Raya

[Muna Shahirah]
Datang Bertandang Ke Rumah Kita
Ada Yang Jauh Ada Juga Yang Dekat
Lama Tak Jumpa Tidak Bersapa
Rasa Berkenan Timbul Rasa Berhajat

[Afieq Shazwan]
Manalah Tahu Peluang Kita
Berhubung Kita Semakin Rapat
Manalah Tahu Ketentuannya
Jikalau Hati Sudah Terlambat

[Muna Shahirah & Afieq Shazwan]
Ku Ucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitriku Kepada Semua
Moga Moga Ikatan Kekal Sama
Riang Gembira Di Hari Raya

Ku Ucapkan Selamat Hari Raya
Kemenangan Di Hari Yang Mulia
Tenang Tenang Aman Damai Sentosa
Bermaaf Maafan Di Hari Raya


[Wani Syaz]
Air Disungai Surutnya Lambat
Mungkin Dilaut Masih Lagi Tak Reda
Jikalau Abang Sungguh Berhajat
Memetik Bunga Di Taman Kota Tua

[Tuah Adzmi]
Rindu Di Hati Teramat Sangat
Menunggu Si Puteri Kesayangan
Datangnya Cantik Warna Sepadan
Sedondon Kita Di Hari Raya

[Wani Syaz & Tuah Adzmi]
Ku Ucapkan Selamat Hari Raya
Susun Sepuluh Jari Pada Semua
Senang Senang Jangan Berduka Lara
Riang Gembira Di Hari Raya

Ku Ucapkan Selamat Hari Raya
Jangan Lupa Selukkan Sampul Raya
Bila Jumpe Mesti Bertegur Sapa
Bermaaf Maafan Di Hari Raya

[Semua]
Ku Ucapkan Selamat Hari Raya
Susun Sepuluh Jari Pada Semua
Senang Senang Jangan Berduka Lara
Riang Gembira Di Hari Raya

Ku Ucapkan Selamat Hari Raya
Jangan Lupa Selukkan Sampul Raya
Bila Jumpe Mesti Bertegur Sapa
Bermaaf Maafan Di Hari Raya